I'm sure ramai yg pernah rasa betapa sakitnye bila putus cinta ni... lebih2 lagi bila ditinggalkan kekasih hati yg teramat la kita sayang.. atau pun kekasih hati main kayu tiga @ "CURANG"!!!! omg... rase mcm nk mati je time tu kn...kn???... huhuhu... susah kita nk menghadapi saat2 mcm ni... tiada lagi langit cerah yg berpelangi, hanya hujan je sepanjang masa...huhuhu... jd kat sini aku nk share sedikit tips mcm mna nk handle pekara mcm ni... try2 la k.. mane tau lepas ni langit kembali cerah~ matahari muncul kembali~ =)
Masa baru putus, sila lah menangis sepuas-puasnya kalau untuk perempuan lah. Nangis lah semahu yang mungkin. Macam tu akan lebih lega actually. Kalau laki nak sangat tunjuk macho tak nak nangis kan, pergi lepak dengan member tengok bola. Tengok sampai mengantuk. Balik rumah terus tidur. Tak teringat langsung kan bekas kekasih kau tu kan? hehehe...
Belajar lah meluahkan masalah korang yang baru putus kat kawan baik korang. Cerita dari A sampai Z. Tak payah nak tinggal satu pun. Lantak lah kalau dicop membuka pekung di dada. So what?
Kemudian, kalau perlu, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.(lepastu jgn nk call2 lagi..delete je no dia even korg mmg hafal pun, cuba lupa kn no tu!!)
Masa ni paling genting sekali. Aku sarankan delete/buang lah segala gambar/barang2 bekas kekasih kau tu yang ada kat social network or dlm simpanan (peti besi/kotak). Untag gambar yang penah bekas kekasih kau tu tag. Delete message berkasih-kasih sayang kat inbox tu. Buat apa simpan lagi kalau dah tak berkasih sayang kan?
Walaupun dah putus, aku percaya kau tak kan dapat tahan diri dari stalking dia kat internet ni kan? Kat sini kau kena tahan nafsu kau tu sikit. Tahan diri dari stalking. BERHENTI STALK!! Makin stalk kau akan lebih merindui dia.
Kalau dah rindu sangat kat bekas kekasih kau tu, pergi buat aktiviti lain. Pergi marathon tengok wayang. Tapi jangan tengok wayang yang cintan-cintun. Better tengok cerita hantu.haha. Ataupun masuk Facebook dan try kenal dengan orang yang tak pernah kau tegur sebelum ni. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah kau boleh buat selain stalking bekas kekasih kau tu.
Belajarlah terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!
Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu jika perpisahan terjadi. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri.~
special to my bff w*hy*... always love u =)




jika cinta ditolak?....
ReplyDeletelast statement "Belajarlah terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!"
i like it.